HIBURAN DI MAJLIS PERKAHWINAN
Mengadakan hiburan semasa majlis perkahwinan adalah sesuatu yang
digalakkan..majlis perkahwinan hendaklah dizahirkan dalam suasana suka
dan ceria..sebab itu dalam riwayat al-Bukhari, dari ‘Aisyah r.a. bahawa
“Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar. Nabi s.a.w bersabda:
Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar
sukakan hiburan”.
Nabi s.a.w pernah bersabda: “Perbezaan antara yang haram dan yang halal adalah kompang dan suara dalam perkahwinan”. (Riwayat al-Nasai dan al-Tirmizi, hadis ini bernilai ‘hasan’).
Maka menjadi sunnah ketika majlis perkahwinan adanya hiburan seperti pukulan kompang dan suara nyanyian. Apa yang diamalkan dalam tradisi melayu ketika perkahwinan diadakan pukulan kompang dan nyanyian adalah tidak becanggah dengan ajaran Nabi s.a.w.
Justeru anggapan sesetengah pihak bahawa kurang islamik hiburan dan nyanyian di majlis perkahwinan adalah tidak tepat..pun begitu semuanya mesti menurut adab dan peraturan syarak..

Dr Maza